Pengumuman

Tiada pengumuman terbaru

Monday 16 May 2011

Artikel 2-Muhasabah

BismikAllahumma nahya wa bismillahirRahmaanirRaheem
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera teman-teman pembaca.
Moga perkongsian saya yang tak seberapa ni mampu mengetuk pintu-pintu hati mereka yang terlupa terutama saya sendiri yang kerapkali perlu sentiasa diingatkan. Biiznillah.


Temanku kerana Allah, kata arRasul;

الإيمان يزيد بالطاعة وينقص بالمعصية وينمو في جماعة
Iman itu meningkat juga menurun, juga ia subur di dalam jama'ah


Dalam era globalisasi kini (baca: cuti-cuti panjang), sebahagian teman-teman berada jauh daripada 'perkumpulan' yakni suasana dan individu kolektif yang soleh, mereka jauh bertebaran ke bumi masing-masing yang harapnya insyaAllahkesemua mereka menjadi pulau andai dicampak ke laut, dan menjadi pokok andai dicampak ke darat. Ya benar ada sebahagian mereka benar-benar hebatqowiy, mampu menjaga diri juga mampu memberi manfaat pada yang lain walau berjuang secara perseorangan. Namun iman mereka itu secara individual takkan pernah sesubur iman mereka sewaktu mereka dalam 'perkumpulan'. Dalam ideologi tarbiyah dzatiyah, salah satu elemen penting dalam menjayakan langkah-langkah mendidik dan menjaga (baca: mentarbiyah) diri kita sendiri, adalah MUHASABAH.


Temanku yang dikasihi,

Muhasabah itu bukanlah bermakna perlu kita set betul-betul slot untuk muhasabah dalam jadual harian hidup kita sahaja. Misalnya, 5 minit sebelum tidur. Ya, ianya betul dan alhamdulillah wa mabruk bagi yang dapat istiqomah melakukannya, namun muhasabah bukan setakat itu. Bukankah literally makna muhasabah itu berkira-kira?


Saya bawa analogi usahawan yang baik. Dalam tiap aktiviti keluar masuk kewangan urusniaganya pasti akan dikira-kira. Tiap saat dikira-kira. Walhal dalam saat sedang memegang sebatang pensil untuk dibeli sebagai kegunaan syarikat sekalipun pasti akan ditimbang kira molek-molek samada ianya perlu dan berbaloi atau tidak. Mudahnya, tiap saat urusniaganya pasti akan dimuhasabah baik-baik samada akan membawa untung pada diri dan syarikatnya atau sebaliknya. Analogi ini mudah. 


Tak kira amal apa terutama yang kita niatkan amal itu sebagai ibadah, saya pasti ramai saja yang bertindak sedemikian. Sentiasa berkira-kira dalam amalan hariannya agar amal 'terbaik' yang akan dilakukannya. Adakah apa yang aku buat ini betul sepertimana diajar Allah dan arRasul saw? Apa manfaat amal ini padaku, dia, mereka, Islam, dan sejagat alam semesta? Juga amal-amal lain. Tak semestinya amal, bahkan cetusan-cetusan idea, pemikiran, niat, mahupun cetusan emosi yang timbul tiap waktu juga kita patut berkira-kira. Betulkan?


Temanku kerana Allah. Kalau begini, baharulah boleh kita kata kita benar-benar praktik konsep ini.


"Taqwa itu seperti berjalan di suatu tempat yang amat gelap dan di jalannya terdapat duri-duri menghalang. maka akan kita hati-hati dalam menelusuri jalannya." 

Saya suka konsep yang dibawa dalam analogi ni, pasti kita sedar dalam nak melangkah keluar satu kaki pun kita akan berada pada tahap hati-hati yang amat tinggi. Gara-gara tak mahu cedera walau sedikit, macam-macam kerenah kita rasionalkan hanya untuk keluar melangkah setapak. Betulkah tempat yang akan kakiku pijak atau akan aku cedera dek duri-duri tajam sejurus kakiku mencecah bumi? Tiap langkah, tiap saat kita akan berkira-kira dan sentiasa memikirkan buruk baiknya dalam amal kita. Mudahnya,  sentiasa kita muhasabah!


Ada satu skillpesanan menarik daripada seorang murabbi berkenaan muhasabah pada tiap detik dan ketika. Katanya, dalam tiap inci dan ruang hidup kita tak kira pada aspek dzhohiriyah (fizikal dan luaran kita atau amal dan praktikal yang kita lakukan) atau batiniyah (ruang lingkup yang 'tidak nampak' dari dalam kita: buah fikiran, niat, dll) perlu kitatimbulkan dan hadirkan kehadiran ALLAH dan MUHAMMAD RASULULLAH. Konsep muroqabatullah perlu kita settle. Bagaimana kita sentiasa perlu merasai Allah itu senantiasa hadir dan lebih dekat dengan kita lebih dekat daripada urat tengkuk kita sendiri. Tak mampu kita lari ke mana wahai teman-teman. Kalau dengan hendapan CCTVsaja kita sudah runsing dan segan-segan nak bertingkah laku kurang sopan. Inikan lagi dengan 'hendapan' Allah yang Maha Tahu yang maklum tiap apa yang belum dan akan kita lakukan.


Begitu juga keadaannya sentiasa kita hadirkan arRasul saw dalam hidup kita. Sentiasa tetapkan dalam hati dan bertanya pada diri sendiri apakah respon arRasul saw pada tiap tindak tanduk dan cetusan minda kita. Sentiasa kita cuba bayangkan arRasul saw sentiasa hidup dan berada di sebelah kita dalam tiap inci hidup kita. Ke tandas, duduk hadapanpc, ke dapur, ke shopping complex, keluar melepak dan hisap rokok dengan member-member, ke mana-mana sajalah sentiasa kita tetapkan dalam hati, bukan makhluk kuning yang will follow you tapi Rasulullah saw yang akan berjalan, duduk, berlari bersebelahan bersama kita. Agaknya apa respon baginda saw ya? Kita perlu ingat selalu temanku kerana Allah, bukankah zikir arRasul saw tatkala bakal tibanya waktu wafat baginda juga adalah zikir umat baginda saw. Bayangkan saja arRasul saw tatkala wafatnya baginda saw, disebut baginda saw bukan kalimah ummati, ummati, ummati.. Namun disebut baginda saw tiap-tiap satu daripada nama kita. Perlu kita rasa sedemikian wahai teman-temanku kerana Allah, baharu kita rasa tiap titik peluh dan darah baginda saw demi kita. Perlu kita rasa sedemikian walau kita di ceruk Afrika mahupun ceruk Gopeng Perak, atau di mana-mana ceruk di atas muka bumi Allah sekalipun.


Untuk aku mengenakan pakaian sebegini, apa agaknya respon baginda saw pada gaya dan etika bersihnya bajuku? Berkenankah arRasul saw jika aku gayakan rambut aku sebegini, pacak situ layer sini? Cukup sahihkah pemakaian tudungku sebagaimana arRasul saw mengajar ummul mukmineen mengenakan jilbab mereka? Agaknya kalau aku tekan kekunci huruf 'L' dalam nak menulis artikel ini atau komen status fb kawanku ini apa respon arRasul saw padaku? Agaknya andai aku sedang melayari internet berseorangan di dalam bilik ini dan arRasul saw di sebelahku, apa responnya pada tiap laman sesawang dan tiap tetingkap yang aku layari dan amati? Agaknya andai aku ber'mesej-mesej'an dengan tiap ayat dan kalimah yang aku typekan kepada makhluk silang jantina ini, apa respon arRasul? Andai aku berfikir sebegini dan marah sebegitu adakah Allah dan arRasul saw akan redha padaku? Jenuh teman andai saya perlu senaraikan tiap satu. Yang penting isinya dapatkan?



عـن أبي ذر جـنـدب بـن جـنـادة ، وأبي عـبد الـرحـمـن معـاذ بـن جـبـل رضي الله عـنهما ، عـن الرسول صلي الله عـليه وسلم ، قـال :  اتـق الله حيثما كنت ، وأتبع السيئة الحسنة تمحها ، وخالق الناس بخـلـق حـسـن
رواه الترمذي [ رقم : 1987 ] وقال : حديث حسن ، وفي بعض النسخ : حسن صحيح

Daripada Abu Zar Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman Mu'adz bin Jabal r.anhuma, daripada Rasulullah saw berkata: Bertaqwalah kamu di mana sahaja kamu berada, dan ikutilah kejahatan itu dengan kebaikan yang mana ianya akan memadamkan kejahatan itu, dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik.
Riwayat Tirmizi (No 1987) Katanya : Hadis Hasan, pada sebahagian nasakhHasan Sohih



Saya bukan mampu untuk ulas panjang akan isu muhasabah ini. Cuma sekadar berkongsi something yang saya terkesan dengannya. Moga perkongsian cikaiini juga mampu untuk memanfaatkan teman-teman at least menghabiskan waktu lapang dengan membaca perkongsian saya. Allah Maha Tahu. Allah Maha Pengampun. Allah Maha Pemurah. Allahua'lam.


Ana faqir ilAllah.

No comments:

Post a Comment