Pengumuman

Tiada pengumuman terbaru

Thursday 26 May 2011

Antara Telur, kopi dan Carrot.

clip_image002clip_image004clip_image006

Bismillahirrahmanirrahim. Kaifa imanukum? :) Moga lebih baik daripada biasa, iAllah LUAR BIASA hebat! Baiklah, kali ini sengaja mencuri waktu untuk sama-sama kita hayati kata cinta dari Allah ini;

Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, yang mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkanlah antara mereka menurut apa yang Allah menurunkan, dan janganlah mengikuti keinginan mereka untuk mengabaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami menentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan. [5:48]

Mengikut perkiraan semulajadi, manusia sering diuji. Namun, di setiap ujian yang menimpa, pasti ramai manusia yang mengeluh, mengadu kerana beratnya ujian yang ditempuhi.

“Aku rasa aku dah tak mampu menanggung semua ini. Aku tak cukup kuat.”

“Engkau tak pernah rasa, senanglah kau cakap macam tu. Semua tu aku yang tanggung.”

“Ya Allah, beratnya ujian ni! Aku rasa baik aku mati je.”

Begitulah keluhan manusia. Astaghfirullah, minta dijauhkan segala yang buruk. Na’udzubillahiminzhalik.

Kerana satu musibah itu, ia mampu mencorakkan pelbagai kategori manusia. Pernah dengar tak kisah carrot, telur dan biji kopi? Ketiga-tiga elemen ini, cuba kita kaitkan dengan manusia itu sendiri. Yuk, kita berimaginasi seketika!

Baiklah, sekarang bayangkan di hadapan kita ini ada tiga mangkuk. Semuanya sama jenis dan sama besar, keluaran keluaran vantage lagi. Berjenama! Kemudian, kita letak air panas ke dalam ketiga-tiga mangkuk tersebut, setiapnya disukat dengan satu kole. Masukkan perlahan-lahan, jangan sampai tertumpah. Baiklah, sekarang baru masukkan carrot, telur dan biji kopi ke dalam setiap mangkuk. Biarkan seketika.

Kembali pada topik asal, air panas itu kita umpamakan dengan musibah yang terpaksa dilalui oleh manusia. Kemudian ada tiga kategori manusia yang terpaksa mengahadapi musibah itu. Kata orang, ujian yang terpaksa kita lalui hari ini merupakan titik kelemahan kita. Jadi, mana mungkin ujian yang saya alami pada hari ini sama dengan kamu-kamu semua. Yuk, kita lihat satu persatu. Mangkuk pertama, carrot. Apa yang terjadi pada carrot tersebut. Carrot yang pada asalnya, keras menjadi lembut. Itu ciri manusia yang pertama; mudah mengalah kerana ujian yang dirasakannya tak mampu. Dia menjadi lemah kerana titik kelemahannya telah diuji dan dirasakannya sangat berat.

Mangkuk kedua, telur. Telur menjadi lebih kuat berbanding sebelumnya. Telur yang mudah pecah telah menjadi kuat.

Malah, telur itu boleh dimakan walaupun telah jatuh beberapa kali. Inilah ciri yang kedua; menjadi kuat dan tegar. Bukan pembuli tegar namun berjiwa tegar, pantang diuji. Dia merasakan kuat dan berani untuk berhadapan dengan walau apa pun ujiannya, titik kelemahanannya pantang dicabar!

Dan akhir sekali, mangkuk ketiga, biji kopi. Kalau diperhatikan, biji kopi makin lama makin hilang kerana larut dalam air panas. Lama-kelamaan warna air panas bertukar, dahulunya putih menjadi keperang-perangan. Begitulah ciri yang ketiga; mengubah persekitaran di sekelilingnya kerana ujian yang perlu ditempuhinya. Manusia ini berfikiran bahawa ujian yang dihadapinya bukanlah satu cabaran malahan peluang baginya. Peluang untuknya memperbaiki titik kelemahannya yang telah diuji. Inilah manusia yang berfikiran positif dan sungguh luar biasa. Jarang sekali kita menjadi orang sebegini kerana gagal mengawal diri sendiri ketika sedang diuji.

Dalam nota cintaNya, sering kali kita membaca, mendengar ayat berkenaan ujian. Allah sendiri menjanjikan hambaNya, bahawa setiap satu daripada kita akan diuji.

Seorang lelaki pernah bertanya kepada Imam Asy-Syafi'i "Wahai Abu Abdillah, manakah yang lebih baik bagi seseorang manusia, dibiarkan atau diuji.......?" Imam Asy-Syafi'i menjawab, "Tidak mungkin seseorang dibiarkan hinggalah ia diuji. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menguji nabinya, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa juga kekasihnya Muhammad S.A.W".

Al-Allamah Ibnu Qoyyim menambah , "Ujian merupakan suatu keharusan yang menimpa manusia & tidak seorang pun yang dapat mengelak darinya...."

Namun, kata

Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah pula,

bencana-bencana yang menimpa manusia merupakan kenikmatan. Ini kerana akan terhapuslah dosa anak Adam apabila adanya ujian dan musibah ini. Inilah kenikmatan yang sentiasa didambakan para muslimin; terhapusnya dosa:)

Dalam kesenang-senangan time cuti ini, moga diutuhkan hati dan banyakkan bersama dengan Al-Quran, iAllah selamat!

1 comment:

  1. kt iluvislam pasal telur,carrot n coklat~
    btw,nice!!

    ReplyDelete