Pengumuman

Tiada pengumuman terbaru

Dunia Islam

"Globalising Your Perception"

[QODLink]



Abu Marzouq :

Pengiktirafan Zionis oleh PLO adalah kesalahan bersejarah
Khamis , 26/05/2011 – Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouq, menganggap 
bahawa tindakan PLO selama ini sebagai satu “kesalahan bersejarah” apabila mengiktiraf rejim Zionis sejak tahun 1993, dan berkata PLO tidak mungkin akan mengulangi kesalahan seperti ini lagi.
Abu Marzouq berkata pada hari Selasa (24 Mei) sempena kehadirannya ke sidang media di Russia bersama dengan delegasi perwakilan faksi-faksi Palestin lain bahawa, “di dalam undang-undang antarabangsa dan kesemua persepakatan antarabangsa langsung tidak menyebut bahawa mana-mana parti, organisasi atau pertubuhan boleh mengiktiraf sesebuah negara, oleh itu adalah sangat tak masuk akal apabila Hamas dikehendaki mengiktiraf negara Israel.”
Beliau menambah bahawa pengiktirafan PLO terhadap Zionis, “adalah satu kesalahan bersejarah, kerana ia (PLO) bukanlah sebuah negara (tetapi parti) untuk mengiktiraf sebuah negara (negara Israel)”. Beliau menerangkan lagi, “jikapun PLO memang dikehendaki untuk mengiktiraf, ia mestilah dibuat secara mutual dan bukan keputusan satu hala sahaja, selain pengumuman untuk pengiktiran perlu dibuat pada akhir dialog (antara Israel dan PLO) bukan pada awalnya.”- PK







Jumaat, 29/04/2011 - Menteri Perhubungan Luar Turki, Ahmet Davutoglu mengingatkan Zionis agar jangan sekali-kali menggangu Freedom Flotilla 2 yang akan bertolak ke Gaza akhir bulan depan, sambil memberi amaran kepada Zionis untuk tidak mengulang kembali peristiwa Marmara yang telah mencederakan dan membunuh beberapa warga Turki.
Menurut laporan akhbar Yediot Aharonot, kenyataan Menteri Luar Turki tersebut dikeluarkan pada hari Selasa (26 April) lalu kepada akhbar Sydney Morning Herald yang turut berbunyi, “kepungan di Gaza adalah di bawah tanggungjawab Israel, dan selepas perbincangan dengan PBB, ianya jelas menyalahi undang-undang antarabangsa”, sebelum beliau mengingatkan semula peristiwa serangan ke atas kapal Marmara di perairan antarabangsa, yang menyebabkan beberapa kematian.
Pengerusi IHH Turki, Bulent Yildirim, menyatakan bahawa kapal Marmara akan menyertai rombongan flotilla ini yang akan berlayar ke Gaza hujung bulan depan, dan ini menyebabkan pihak pertahanan Zionis meminta Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan United Nations untuk menghalang flotilla kali ini. “Israel” juga merayu kepada Turki agar tidak melepaskan flotilla ini dari pelabuhannya, dan rayuan ini ditolak oleh Menteri Luar Turki dalam kenyataannya pada hari ini seperti, “Turki tidak akan menghalang flotilla ini keluar dari pelabuhannya, dan kami juga akan sentiasa memantau sebarang kemungkinan perkara berbahaya yang mungkin akan berlaku di sepanjang pelayaran.