Pengumuman

Tiada pengumuman terbaru

Monday 16 May 2011

Artikel 1- Peliharalah Iman

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Taala yang mengizinkan Mikroskop Hati untuk terus diterbitkan walaupun secara online. Peluang yang Allah beri ini, indah ’kan? Moga MH menjadi satu platform yang dapat mengikat hati-hati kita semasa cuti ini di atas dasar keimanan kepada Allah swt. Selawat dan salam kita doakan ke atas Rasul kita yang tak pernah letih dengan kerja-kerja dakwah & tarbiah, juga ke atas para ulama’ da’iah mujahidin yang meneruskan perjuangan baginda sehingga nafas kita pada hari ini merupakan nafas seorang Muslim, alhamdulillah wallahu akbar!
Sahabat sekalian,
Seorang pendakwah pernah mengatakan, hati yang lama tidak diberi peringatan (tazkirah) akan menjadi kering dan lesu. Individu itu akan menjadi lebih jauh daripada Allah. Imannya melemah.
Antara tanda keimanan kita melemah ialah:
1. Melakukan kederhakaan dan amalan dosa
2. Merasakan adanya kekerasan dalam hati
3. Tidak tekun dan hilang kekhusyukan dalam beribadah
4. Malas melakukan ketaatan dan meremehkan ibadah
5. Dada terasa sesak dan terbelenggu
6. Hati tidak tersentuh dengan ayat-ayat al-Quran
7. Lalai daripada mengingati Allah sewaktu berzikir & berdoa
8. Tidak merasai tanggungjawab beramal demi Islam
(Syeikh Shalih al-Munajjid, Ubat Lemahnya Iman)

Cuti panjang ini, peluang untuk iman menjadi lemah amat kuat. Seorang murabbi saya berpesan: “Iman itu naik dan turun. Jaga batasan minima seorang Mukmin: lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.” Selalulah kita memuhasabah diri dengan tanda-tanda lemah iman di atas — jika pada diri kita ada simptom-simptomnya, maka bersegeralah kita mendapatkan rawatan.
Hati kita bagaikan bekas yang menadah. Ia sentiasa penuh — jika bukan dengan air maka ia penuh dengan udara. Ia sentiasa mencari sesuatu untuk diisi. Ia tidak selesa dibiar kosong. Jika tidak diisi dengan yang halal, ia akan mencari yang haram. Jika bukan cinta yang mulia, ia mencari cinta yang hina. Jika ia tidak sibuk dengan perkara taat, maka ia akan menyibukkan dirinya dengan perkara maksiat. Jika tidak disibukkan dengan Islam, maka jahiliyyah akan memenuhi kekosongan itu.
Oleh itu dekati taat jauhi maksiat. Sibukkan diri dengan aktiviti yang dapat menyuburkan keimanan kita kepada Allah; paling utama ialah membaca dan mentadabbur al-Quran. Saidina Uthman ra berkata, “Sekiranya hatimu itu suci, nescaya ia tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabb-mu (al-Quran).
Berdampinglah dengan kenalan-kenalan yang soleh. Bergaul dengan orang soleh akan mendekatkan kita dengan Allah dan memelihara kita daripada maksiat. Walaupun cuti, jangan abaikan ilmu, terutamanya ilmu Din. Ilmu itu asas dan penguat kepada keimanan. Komit dengan majlis ilmu, halaqah/usrah, ceramah dsb, moga benteng iman kita makin kukuh.
“Sungguh kami sangat-sangat hairan terhadap manusia, mereka menangisi matinya badan, tetapi mereka tidak pernah menangisi matinya hati, apahal kematian hati lebih jauh buruk akibatnya.”
“If you fail to plan, you plan to fail.” Tak mahu fail exam Akhirat? Mari rancang cuti kita. Selamat bercuti kerana Allah!  — MH

No comments:

Post a Comment