Pengumuman

Tiada pengumuman terbaru

Friday 13 January 2012

“Take-Five” Hanya Lima Minit

“Take-Five” Hanya Lima Minit

Dipena oleh: Mujtahid005
http://mfikr.co.cc


Apa nilainya hidup kita?


“Dan tidaklah kehidupan dunia itu melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Al-An’am: 32)


Itulah nilai kehidupan kita di dunia. Ibarat “take-five” yang sangat singkat sebelum kita berpindah kepada “serious business.” Memandangkan “ultimate reality” itu tersorok di balik kehidupan dunia yang menipu, terkadang kita akan tersalah tanggap; kita lupa bahawa selepas “take-five” ada dua jam lagi lecture yang menuntut fokus dan konsentrasi. Sepinggan nasi lemak semasa “take-five” mensyahidkan kita di dewan kuliah.
Terkadang kita terlupa bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan, bukannya destinasi. 

Sabda Nabi Muhammad SAW:“Hiduplah di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang bermusafir.” (HR Bukhari)



Bayangkan kita dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, berhenti rehat dalam setengah jam di R&R. Apa yang kita buat? Basuh baju? Bina rumah? Tidak… cukup sekadar alas perut, minum kopi, qada hajat dan sebagainya, menghimpun daya untuk meneruskan perjalanan.

Itulah perumpamaan dunia, sekadar pusat R&R bagi sang musafir yang sedang menuju ke kampung halaman yang kekal abadi.

Dunia Ladang Akhirat

Islam tidak negatif terhadap dunia. Seorang yang beriman tidak menyisihkan dunia. Dia faham bahawa satu-satunya jalan ke akhirat adalah dengan melalui dunia. Dunia tetap merupakan nikmat daripada Allah Taala. Dengan dunia, kebahagiaan di akhirat dapat dikecapi. Para sahabat Rasulullah SAW telah berjaya mengecapi kehidupan dunia mengikut neraca Allah SWT. Hidup mereka di dunia seluruhnya merupakan amalan untuk akhirat.

 “(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan takwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).” (Muhammad: 36)

Kecintaan mereka kepada akhirat melebih kecintaan kepada dunia. Lalu dengan itu Allah mengurniai mereka kejayaan di dunia dalam bentuk kemajuan, kemakmuran dan kekuasaaan, dan juga kejayaan di akhirat iaitu syurga-Nya yang tiada tandingannya.

Diriwayatkan bahawa Ali ibn Abi Talib RA pernah berkata:“Jadilah kamu anak-anak akhirat; memandang dunia melalui jendela akhirat.”

Pesanan menantu Rasulullah SAW ini menyarankan kita supaya memasang “filter” akhirat pada setiap pancaindera kita. Dengan itu, kita memandang dunia dengan satu pemikiran ukhrawi: “Boleh tak aku tambah saham akhirat dengan benda tu?” “Macam mana boleh aku transfer duit JPA masuk akaun akhirat?” “Boleh tak tenaga berfutsal aku convert jadi tenaga akhirat?” “Kat akhirat nanti, apa yang aku boleh benefit daripada study aku sekarang ni?”

Subhanallah. Memang terbaik kalau kita semua dapat berfikir macam ni. Masalahnya kita umat akhir zaman ni, ada satu penyakit.

Cinta dunia, takut mati.

Jika kita pandang daripada sisi lain, bunyinya begini: cintakan nafsu (diri sendiri), takut berkorban (untuk orang lain).

Kita selalu “selfish”. Kita selalu mengutamakan kehendak kita berbanding kehendak orang lain. Kita abaikan laungan “erti hidup pada memberi”. Kita lupa bahawa Allah ciptakan kita sebagai khadim untuk Ummah, bukan merajakan diri sendiri. Kita sering memanjakan diri. Kita makan bila kita nak makan. Kita tidur bila kita nak tidur. Kita main bila kita nak main. Kita belajar bila kita nak belajar. Kita suka ikut suka hati kita. Kita jarang fikir untuk menyukakan hati orang. Kita sering berfikir, “Akulah yang paling tahu tentang diri aku.” Kita lupa untuk berfikir, “Makan, tidur, main, belajar aku ni… Allah redha tak?”
Kita sering berfikir superficially. Kita selalu lupa dosa pahala yang profundal kepada amal-amal kita. Kita selalu sangat lupa bahawa kita akan mati. Bila-bila masa sahaja boleh. Mungkin semasa kita berfutsal sedang azan berkumandang. Mungkin semasa kita tidur dalam dewan kuliah. Mungkin semasa kita berbual rancak dengan kawan berlainan jantina. Mungkin semasa kita asyik dengan movie atau drama Korea. Mungkin semasa kita terangguk-angguk dengan earphone di telinga. Mungkin semasa kita ralit dengan games di handphone. Mungkin semasa kita sibuk mengulang Anatomy sebelum sempat menunaikan solat Maghrib. Mungkin semasa kita leka menghabiskan masa dengan Internet browsing. Mungkin tak sempat pun kita habiskan artikel ni. Kita lupa akan kehidupan selepas mati. Kita lupa bahawa susah senang kehidupan itu bergantung kepada makan, tidur, main, belajar kita sekarang.

Kita lupa bahawa “take-five” itu hanya lima minit sahaja, dan lima minit itu menentukan syurga neraka yang kekal selamanya.

Solusinya?

Mikroskop hati kita, dan gunakan eluent tilawah & zikrullah untuk menanggalkan segala titik dosa yang ter-adsorb padanya. Proses penyucian jiwa ini merupakan satu proses yang berterusan... “dan sembahlah Tuhanmu sehingga datang kepadamu ‘al-Yaqin’ (mati).”

No comments:

Post a Comment