Pengumuman

Tiada pengumuman terbaru

Friday, 13 January 2012

Kuasa Kematian


Kuasa Kematian



Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.n(Al-Ankabut : 57)


Kita sering kali mendengar kisah-kisah tokoh yang banyak menyumbang kepada dunia. Mereka ini adalah figura-figura masyarakat yang mana setiap kata-kata, tindakan dan akhlak mereka menjadi perhatian umum. MH kali ini ingin berkongsi kisah mengenai seorang lelaki yang bernama Steve Jobs. Ikhwah dan akhawat fillah, beliau merupakan salah seorang manusia yang matinya ditangisi, bukan oleh ahli keluarganya sahaja, bahkan di seluruh dunia. Hebat bukan? Kematiannya merupakan satu kehilangan kepada dunia bagi sesetengah orang. Apa yang menjadikan Steve seorang yang hebat? Tidak lain dan tidak bukan, beliau adalah orang yang menicpta gadjet-gadjet yang menjadi kegilaan ramai seperti iPod, iPhone, iPad dan lain-lain. Jumlah jualan gadjet-gadjet ini sangat menguntungkan. Pada Januari 2011, Apple, melaporkan pulangan sebanyak 7100 000 000 dolar Amerika yang mana 48% hasil tersebut disumbangkan oleh penjuaalan iPod.

Member2 sekalian,

Sesungguhnya gadjet-gadjet luar biasa ini hanyalah direka oleh orang biasa, manusia seperti kita. Apple yang diterajui oleh Steve maju ketika mana Steve mengetahui bahawa beliau menghidapi canser pankreas.  Sejak itulah, Apple hadir dengan gadjet-gadjet yang mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat dunia.  Inilah bukti KUASA KEMATIAN. Steve menanggap bahawa hayatnya sudah tidak lama, dan beliau berazam untuk memberi sesuatu kepada dunia.

Description: info]Description: add]Description: mail]Description: http://www.quotationspage.com/icon_blank.gif
Steve Jobs, Stanford Commencement Adress, 2005
KUASA KEMATIAN

Itulah rahsia disebalik kehebatan Steve Jobs iaitu mengingati mati. Apple bukanlah satu syarikat yang sangat terkenal seperti sekarang, pencapaian hebat mereka hanyan muncul selepas Steve tahu bahawa hayatnya tidak lama. Anjakan paradigma yang dilakukan oleh Steve Jobs dengan rekaan-rekaan baru telah melonjakkan nama Apple dalam industri teknologi.

Sahabat2, seseorang telah mebuktikan bahawa kematian merupakan satu kuasa pendorong yang sangat hebat. Malangnya kite selaku umat Islam tidak melihat perkara ini dengan serius dan insaf. Sifat-sifat sebenar seorang Muslim kebanyanyakannya diamalkan oleh sang kafir. Its now-or-never and this is d0-or-die mission for us to reassess ourselves !!!

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam (2:102)

Tuesday, 7 June 2011

Berdoalah.

Bedoalah, Nescaya akan Aku kabulkan

Assalamualaikum, Alhamdulillah, dapat lagi kita berkongsi ilmu di ruangan MH | online ini. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Tercinta Nabi Muhammad S.A.W.

20100323225013__mg_0383

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

Berdoa, amalan biasa yang kita lakukan selepas solat. Namun, apa yang sebenarnya kita doakan. Berikut adalah perkara-perkara yang mesti kita titik beratkan agar doa kita tidak member kesan kepada diri kita sahaja tetapi mampu mengubah dunia dan menempah tiket ke syurga.

Berdoalah untuk Hidayah

Solat kita, puasa kita, sedekah kita, semuanya bukan satu jaminan untuk kita tidak melakukan maksiat dan menyempang dari jalan Allah. Memang benar, solat jika diamalkan akan mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran. Akan tetapi, kita sememangnya tidak dapat mengagak sejauh mana berkualitinya solat kita itu. Kejahilan inilah yang mewajibkan kita untuk memohon kepada Allah agar sentiasa memberikan kita hidayah-Nya agar kita kekal mendapat reda Allah S.W.T.

Berdoalah untuk Ibu bapa

Ibu bapa, jika mereka masih ada, maka itulah pengubat hati mereka, jika mereka sudah tiada, maka itulah yang dapat menyelamatkan mereka daripada azab seksa.

Berdoalah untuk saudara kita

Sungguh doa itu adalah senjata bagi Umat Islam. Apa lagi kelebihan yang kita ada selain Iman, Islam dan pergantungan kita kepada Allah ? Sudah tentu tiada bukan. Jika kita mempunyai teknologi, musuh juga mempunyai teknologi, bahkan pasti lebih canggih. Namun, kuantiti mereka dan kualiti teknologi mereka bukanlah penentu mutlak sesuatu perkara. Lihatlah saudara kita di Palestin, di Yaman. Jika dulu, jika nama sesebuah Negara terpampang di dada akhbar, itu bermakna Negara tersebut makmur dan banyak menempa jaya, sekarang, jika nama sesebuah Negara menjadi berita utama, itu bermakna Negara tersebut dalam keadaan huru-hara. Kini, keamanan ibarat kisah dongeng di Palestin. Maka berdoalah, dan berdoalah dan berdoalah untuk saudara seakidah kita bukan saja di Palestin bahkan di serata dunia.

Berdoalah agar kezaliman itu tiada

Zalim berasal dari perkataan Arab iaitu zulmun. Zulmun sendiri berasal dari kata kerja zhalama-yazhlimu-zhulman-mazhlimatan, yang makna dasarnya adalah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Secara terminologis, dalam ucapan Ibn az-Zimal dikatakan, “Lazimu ath-tharîq falam yazhlimûhu ay lam ya’dilu ‘anhu (Mereka menyusuri jalan hingga tidak menyimpang darinya atau tidak melampauinya).

Umunya, zalim ini amat dekat dengan fitnah. Kita menganggap bahawa fitnah ini berkaitan dengan tuduhan tanpa bukti atau mereka-reka cerita sahaja, hakikatnya, fitnah itu mempunyai skop definisi yang lebih luas iaitu keadaan huru-hara, maksiat yang berleluasa dan keadaan-keadaan yang mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Lihat sahaja keadaan masyarakat kita sekarang. Tatkala kita sebagai manusia bertindak zalim dengan tidak mentadbir dunia dengan Islam, tatkala itu juga berlakunya fitnah-fitnah berupa kerosakan akhlak manusia, bencana alam dan lain-lain. Maka , berdoalah dan berdoalah, dan berdoalah agar kezaliman itu hanya tinggal cerita, agar fitnah itu tidak alah bisa, tegal biasa.

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.