Pengumuman

Tiada pengumuman terbaru

Friday, 13 January 2012

Kuasa Kematian


Kuasa Kematian



Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.n(Al-Ankabut : 57)


Kita sering kali mendengar kisah-kisah tokoh yang banyak menyumbang kepada dunia. Mereka ini adalah figura-figura masyarakat yang mana setiap kata-kata, tindakan dan akhlak mereka menjadi perhatian umum. MH kali ini ingin berkongsi kisah mengenai seorang lelaki yang bernama Steve Jobs. Ikhwah dan akhawat fillah, beliau merupakan salah seorang manusia yang matinya ditangisi, bukan oleh ahli keluarganya sahaja, bahkan di seluruh dunia. Hebat bukan? Kematiannya merupakan satu kehilangan kepada dunia bagi sesetengah orang. Apa yang menjadikan Steve seorang yang hebat? Tidak lain dan tidak bukan, beliau adalah orang yang menicpta gadjet-gadjet yang menjadi kegilaan ramai seperti iPod, iPhone, iPad dan lain-lain. Jumlah jualan gadjet-gadjet ini sangat menguntungkan. Pada Januari 2011, Apple, melaporkan pulangan sebanyak 7100 000 000 dolar Amerika yang mana 48% hasil tersebut disumbangkan oleh penjuaalan iPod.

Member2 sekalian,

Sesungguhnya gadjet-gadjet luar biasa ini hanyalah direka oleh orang biasa, manusia seperti kita. Apple yang diterajui oleh Steve maju ketika mana Steve mengetahui bahawa beliau menghidapi canser pankreas.  Sejak itulah, Apple hadir dengan gadjet-gadjet yang mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat dunia.  Inilah bukti KUASA KEMATIAN. Steve menanggap bahawa hayatnya sudah tidak lama, dan beliau berazam untuk memberi sesuatu kepada dunia.

Description: info]Description: add]Description: mail]Description: http://www.quotationspage.com/icon_blank.gif
Steve JobsStanford Commencement Adress, 2005
KUASA KEMATIAN

Itulah rahsia disebalik kehebatan Steve Jobs iaitu mengingati mati. Apple bukanlah satu syarikat yang sangat terkenal seperti sekarang, pencapaian hebat mereka hanyan muncul selepas Steve tahu bahawa hayatnya tidak lama. Anjakan paradigma yang dilakukan oleh Steve Jobs dengan rekaan-rekaan baru telah melonjakkan nama Apple dalam industri teknologi.

Sahabat2, seseorang telah mebuktikan bahawa kematian merupakan satu kuasa pendorong yang sangat hebat. Malangnya kite selaku umat Islam tidak melihat perkara ini dengan serius dan insaf. Sifat-sifat sebenar seorang Muslim kebanyanyakannya diamalkan oleh sang kafir. Its now-or-never and this is d0-or-die mission for us to reassess ourselves !!!

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam (2:102)

No comments:

Post a Comment